Rabu, 1 April 2015

Kandang LHK



Untuk memastikan baka ori LHK, sebuah kandang khas telah di bina.
Seekor bapak bersama 3 ekor ibu dara.
Ayam akan cuma berlegar di dalam kawasan kandang.
Tapak berpasir dan berumput sangat baik untuk pembiakan.
Kandang sebesar 20' x 20' berserta sebuah reban.
Makanan pembiakan amat penting untuk memastikan ibu sentiasa subur.
Untuk memastikan bapak sentiasa aktif, elok diasing seminggu sekali.
Kurung bapak selama 3 hari dan kemudian disatukan semula.
Kalau dibiarkan lama, bapak akan jadi kurang aktif.

Sabtu, 28 Mac 2015

LHK TERUNA






LHK Teruna umur 6 bulan.
Baka asal dari Pichit Farm sebuah ladang terletak di utara Thailand ( Sempadan Myanmar)
Tempoh perjalanan selama 3 hari sebelum sampai ke Seremban.
Tompok putih sempurna terletak pada 5 tempat. Tapi di kepala dan bahu kurang menyerlah.
Bentuk sempurna untuk kategori ayam tanding.  Badan panjang dan lutut bengkok.
( Terpulang kepada individu - Terdapat pelbagai bentuk ayam LHK)
Warna asas hijau. Bulu leher dan rambai warna oren emas.
7 helai bulu ekor terpaksa dicabut. Patah mungkin dalam kotak semasa dalam perjalanan.
Bulu ekor telah mula panjang dan semakin penuh.
Rangka badan yang besar. Tetapi masih kurus. Dada masih belum ada isi.
Penjagaan dan pemakanan agak rumit.
LHK agak sensitif dan tak galak berlaga. 
Tunggu ulasan seterusnya lagi 2 bulan.


Sabtu, 21 Mac 2015

DARA LHK



Dua ekor LHK dara baru telah selamat sampai. Baka asal dari Phitnasulok, Bangkok 
Ayam masih muda. Umur 5 dan 6 bulan. Bentuk tubuh dan ekor yang berbeza.
Seekor jenis rangka besar dengan ekor kembang keatas ( Mirip ekor serai)
Lagi seekor badan panjang dan ekor kuncup memanjang ke bawah.
Dua-dua mempunyai kelebihan dan peminat tersendiri.
Bakal dikacukan dengan bapak LHK sedia ada ( Asal dari Mormek Farm).
Bapak tubuh kasar seberat 4kg. Bulu rambai kuning yang menjadi pilihan utama di Thailand.
Kebiasaan ayam betina akan mula bertelur pada usia 7 bulan dan keatas.
Tunggu ulasan selanjutnya lagi dua bulan.. Insyallah










Selasa, 10 Mac 2015



Anak2 muda Magon Pakhoy





Anak muda baru nak berani gu..
Baka batang kaki..
Umur 7 bulan lebih..
Body tebal , tulang kasar..
Boleh call kalau berminat..
Harga Rm200 ambik sendiri ya..
Contact : 012 6060013 ( Karim)



Isnin, 9 Mac 2015

LHK

 LHK 










Nak try breed baka ni pulak...

Bapak umur 2 tahun. Berat 4kg..

Ibu muda lagi..2kg..Body kecik..Dekat2 nak bertelur

Minggu depan masuk 2 ekor ibu lagi..

Harap2 menjadi...

Rabu, 14 Januari 2015

Hujung ekor serai..



Ayam Hujung



Baka ekor panjang ( Serai)

Bapak ngan ibu IC Thailand..

Ayam kecik. Lam 2.5kg. Tgh masuk isi.. Muda lagi. Baru nak masuk 7 bulan

Dah try kaki sikit.. Boleh tahan.. Kaki lastick.  Main memang laju..

Nak simpan dulu.. Tunggu lagi dua ke tiga bulan..

Nak tengok ekor boleh panjang lagi tak..




Rabu, 24 Disember 2014



Anak2 Serai..




Stok baru sampai awal bulan ni..

Baka serai ( jenis ekor lambak)

Harap2 menjadi...