LHK Teruna umur 6 bulan.
Baka asal dari Pichit Farm sebuah ladang terletak di utara Thailand ( Sempadan Myanmar)
Tempoh perjalanan selama 3 hari sebelum sampai ke Seremban.
Tompok putih sempurna terletak pada 5 tempat. Tapi di kepala dan bahu kurang menyerlah.
Bentuk sempurna untuk kategori ayam tanding. Badan panjang dan lutut bengkok.
( Terpulang kepada individu - Terdapat pelbagai bentuk ayam LHK)
Warna asas hijau. Bulu leher dan rambai warna oren emas.
7 helai bulu ekor terpaksa dicabut. Patah mungkin dalam kotak semasa dalam perjalanan.
Bulu ekor telah mula panjang dan semakin penuh.
Rangka badan yang besar. Tetapi masih kurus. Dada masih belum ada isi.
Penjagaan dan pemakanan agak rumit.
LHK agak sensitif dan tak galak berlaga.
Tunggu ulasan seterusnya lagi 2 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan